Tajuk : Banduan Bijak
Seorang bapa menulis surat kepada anaknya yang berada di penjara kerana terbabit kes rompakan bank . Tulisan surat si bapa berbunyi , " Anakku , ayah tak larat lagi nak ke bendang , orang lain dah mula membajak . Tapi siapa nak tolong ayah ? Kamu pula dipenjara " .
Anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian , bunyi balasan tersebut ialah : " Tolong ayahh ... ! ! jangan dibajak sawah itu ... , kerana di sanalah saya tanam duit bank yang saya rompak " . Rupanya surat itu disensor pihak penjara , lalu berita itu disampaikan kepada pihak polis , maka datanglah ramai polis dan jentolak untuk menggali sawah milik bapa banduan tersebut dengan harapan dapat menjumpai wang rompakan .
Si bapa kembali menulis surat kepada anaknya , " Anakku , setelah ayah terima suratmu , datang satu pasukan polis dan sentera membajak mengali seluruh sawah tetapi tidak berjumpa apa - apa pown . Apa harus ayah buat sekarang ? " .
Si anak kembali membalas surat tersebut , " Sekarang ayah bolehlah mula menyemai padi , bukankah sawah sudah dibajak dan jangan lupa ucapkan terima kasih kepada mereka semua " .
TAMAT ! ! !
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.