Saturday, July 31, 2010

Lawak Jenaka Untuk Anda Semua

Tajuk : Tak Kenang Budi

          Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang . Nasib malang menyebabkan mereka kemalangan . Isterinya selamat tetapi si suami mengalami hentakan di kepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari . Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya . bila dia mambuka matanya , dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya . Si suami pown memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan ; " Ayang sentiasa di sisi abang tak kira masa . Masa abang tengah belajar di U dulu pown , abang sering gagal , dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba ..." .
          Si isteri menjadi sayu . Si suami menambah , " Masa abang tengah cari kerja dulu pown , abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan , ayang masih di sisi , tanpa jemu . Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang .... " .
           Air mata si isteri bergenang . Disekanya air mata dengan hujung baju . "Bila abang dah dapat kerja , abang kerja sungguh - sungguh untuk kita . Tapi bertahun - tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat . Hinggalah sekarang .... ayang masih di sisi abang " .
          "Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM 5j hanya kerana silap yang kecil , abang dipecat dengan notis 24 jam , .... ayang masih di sisi abang " . Mata si suami pula bergenang , " Dan ... sekarang abang terlantar di sini . Bila abang sedar ayang masih juga di sisi " . Esakan si isteri bertambah kuat .
           Si suami berkata lagi , " Abang rasa ayang ni bawak sial la ... Berambuslah sekarang ... ! ! !

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.